Sunday 10 May 2015

Projek Drone Semesta Studio


PENGENALAN
Idea projek ini tercetus apabila pasukan produksi berfikir bagaimana cara untuk merakam imej sekolah dari aras tinggi untuk produksi video koperat sekolah.  Pernah dicadang untuk menggunakan menara telekomunikasi disebelah sekolah namun peluang untuk mendapat kebenaran adalah rendah atas isu kepentingan dan keselamatan. 

Oleh itu kami mencadangkan untuk membeli sebuah Drone dengan melancarkan tabung untuk mendapatkan dana. Kami amat bertuah kerana Dato' Wan, ahli parlimen Kuala Kangsar telah bersetuju untuk memberi sumbangan dalam projek ini. 

RASIONAL PEMBELIAN DRONE UNTUK VIDEOGRAFI
i)  Memantapkan lagi kandungan kreatif penerbitan pelajar. Ianya mampu mengantikan fungsi Jib Arm yang selalu digunakan dalam penerbitan professional.
ii) Menjadi sumber pendapatan kelab dengan mengambil upah merakam pemandangan sudut tinggi untuk video koperat badan-badan tertentu, syarikat koperat dan babak resepsi perkahwinan.
iii) Memberi pengalaman baharu kepada pelajar mengendalikan teknologi terkini dunia videografi. Ianya sudah tentu memberi manfaat yang tinggi kepada ahli kelab lantas meningkatkan imej Semesta Studio.

RASIONAL PEMBELIAN DRONE DARI JENAMA DJI PHANTOM 3
i)  Jenama yang dipercayai dengan penawaran produk yang berkualiti tinggi. Disarankan oleh studio-studio professional dalam bidang videografi kerana ciri-ciri canggih yang ditawarkan.
ii) Rakaman kamera yang berkualiti, kurang gegaran dan amat stabil. Tidak seperti jenama lain, ianya mempunyai sistem kamera sendiri untuk rakaman video dan imej pegun.
iii) Mudah mendapatkan alat ganti dengan harga yang berpatutan. Jenama lain walaupun murah namun apabila berlaku kegagalan fungsi pada bahagian-bahagian tertentu, kos penyelenggaraan amat tinggi dan sukar untuk memperolehi alat ganti.

ANGGARAN PENDAPATAN YANG DIPEROLEHI
Drone ini akan menjadi aset kelab untuk menambah pendapatan kelab pada masa hadapan. Ibarat mendapat joran, Semesta Studio akan menggunakan alat canggih ini untuk berkarya dan mencari pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan rakaman video aras tinggi yang amat popular sekarang ini.

Rakaman Video Koperat (Mentah): RM300/projek
Rakaman Video Resepsi Perkahwinan (Mentah): RM200/majlis
Anggaran perolehan setahun: RM1,200


Drone berteknologi tinggi Dji Phantom 3



Laman web produk:  http://www.dji.com

No comments:

Post a Comment