Nama rasmi Semesta Studio digunakan pertama kali di pertandingan ICT Duniaku 2012 pada Februari 2012. Semesta merupakan singkatan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin. Ianya didaftarkan sebagai sebuah kelab ektrakokurikulum sekolah. Selain peranan seperti yang dinyatakan diatas, Semesta Studio juga bertindak sebagai unit rakaman dan fotografi tidak rasmi sekolah.
Bermula dengan kelengkapan peralatan yang terhad, Semesta Studio kini telah berjaya menghasilkan beberapa karya yang boleh dibanggakan lantas mengharumkan nama sekolah dengan memenangi beberapa pertandingan video/filem pendek yang disertai di peringkat negeri & kebangsaan.
Bermula 2013, Semesta Studio terbahagi kepada dua gerakan. Satu pasukan rasmi (OT) bergerak sebagai pasukan utama kelab dengan tugasan rasmi, Kemudian beberapa pasukan projek (PT) akan bergerak secara independent dengan jenama sendiri, tetapi wajib menggunakan label Semesta Studio bersama. Kedua gerakan ini akan mendapat dokongan serta bimbingan padu dari guru mentor.
Untuk tahun 2015, Kelab Videografi telah bergabung dengan Kelab Briged Bestari untuk membentuk kelab baru yang diberi nama Kelab ICT & Multimedia SEMESTA STUDIO. Kelab ini diarusperdanakan dengan mendaftar sebagai kelab kokurikulum sekolah kategori kelab akademik. Semesta Studio mendapat sokongan padu pihak sekolah dan sokongan kewangan daripada Koperasi SMKSTA Bhd.
Kini, Semesta Studio telah memiliki sebuah bilik studio tersendiri dilengkapi dengan sudut penyuntingan, layar hijau, ruang galeri dan ruang penyimpanan prob. Ianya dilengkapi dengan sebuah kamera DSLR (Canon 550D) serta aksesori khas videografi, sebuah komputer desktop dan beberapa perisian canggih untuk penyuntingan.
Dari segi pembangunan modal insan, kami melatih pelajar dengan pelbagai bengkel dan bimbingan sepanjang 3 tahun. Kami turunkan ilmu yang termampu kepada mereka, memberi motivasi dan tunjukkan sokongan kepada mereka. Alhamdulillah, tahun kebelakangan ini pelajar sudah boleh berkarya dengan sendiri secara bebas dan memenangi beberapa pentandingan.
Pada masa depan kami bercadang untuk menaiktaraf peralatan optikal serta sistem perkomputeran untuk tugasan yang lebih mencabar. Kami juga dalam proses pembelian sebuah drone rakaman aras tinggi dari jenama Dji Phantom 3 yang dijangka akan diperolehi sebelum September.

Semesta Studio digerakkan oleh empat orang guru yang begitu komited serta mempunyai minat yang tinggi dalam bidang videografi. Kekuatan pasukan pada 2015 terdiri daripada 3 team pelajar yang sangat berbakat.
No comments:
Post a Comment