Saturday, 13 December 2014

Teleprompter Untuk DSLR


Bidang kewartawanan merupakan satu bidang yang penuh dengan cabaran.

Ini adalah kerana mereka terpaksa menghafal setiap spesifikasi peranti dengan tepat dan lancar. Ini sememangnya bukan perkara yang mudah. Oleh itu mereka terpaksa melakukan suntingan kepada video apabila kesilapan berlaku. Pembaca berita profesional yang anda lihat di kaca TV menggunakan teleprompter yang memaparkan skrin pada lensa kamera di studio. Malang sekali sistem teleprompter ini bukan sahaja mahal tetapi tidak mudah dibawa kemana-mana. Kini wujud teleprompter mudah alih untuk kamera DLSR. Parrot Teleprompter bukan sahaja mudah alih ianya juga ringan dengan berat 120 gram. Ia menggunakan sebuah telefon pintar untuk memaparkan skrip pada cermin teleprompter. Kerana ianya ringan ia boleh dilekapkan pada bahagian hadapan sebuah DSLR dengan mudah.Harga jualan Parrot Teleprompter ini bermula dari $80 dan projek ini kini boleh disokong di laman Kickstarter. Kini tiada alasan lagi untuk kami mengalami masalah typo mulut ketika mengambil video.  - Amanz.my


No comments:

Post a Comment