Tuesday, 4 November 2014

Pemenang Pertandingan Projek Inovasi kelab & Persatuan 2014

Semalam berlangsungnya Pertandingan Inovasi kelab & Persatuan 2014 anjuran pihak berkenaan di Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur. Pasukan BESTARIPROJECT SEMESTA TEAM diwakili 3 pembentang bersama 3 pembentang dari SMK GUNONG SEMANGGOL dari Kerian mewakili negeri Perak. Kami membawa produk VCLASSROOM.MY, sebuah inovasi pembelajaran dalam talian dibangunkan oleh 12 ahli pasukan  membawa jenama KELAB BRIGED BESTARI.





Pasukan ini telah berkerjasama dengan Kelab SEMESTA STUDIO untuk kerja-kerja rekabentuk grafik dan penghasilan video promo. Secara peribadi, inilah merupakan projek yang paling meletihkan; memaksa pelajar bertukus lumus selama 8 bulan dengan berusaha keras, 4 bulan balik lewat dari sekolah hampir setiap hari serta melakukan gerak kerja yang pelbagai lagi mencabar, kadang kadang berlarutan hingga ke malam.

Pertandingan telah bermula bermula pada malam 2hb November-4hb November 2014.  Sejujurnya, penganjuran pertandingan ini menampakkan kelemahan yang ketara dalam pengurusannya sejak awal tahun lagi. Sebagai contoh hanya pada bulan Jun setelah sebulan sebelum peringkat daerah barulah sekolah diberi taklimat mengenai konsep program ini oleh pihak berkenaan. Kami bernasib baik kerana bermula lebih awal dengan melakukan pencarian maklumat sendiri (mengenai pertandingan).

Sekitar pertandingan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur hanya 3 pelajar dibenarkan hadir tanpa melibatkan peserta simpanan, ianya begitu berisiko dan boleh menjejaskan persembahan andai sesuatu kejadiaan tidak diingini berlaku pada salah seorang pembentang. Kami memahami mungkin keadaan ini berpunca daripada masalah kekangan bajet. Kami di Perak sedikit malang. Dah la bas rosak di PLUS semasa perjalanan, pada pertandingan peringkat  sebelumnya hanya 4 sijil yang disediakan kepada 12 peserta yang bersama-sama membangunkan projek ini (masih menuntut dan sehingga sekarang sijil masih belum diperolehi). Lebih malang lagi di kebangsaan pula tatkala semua negeri lain menerima 12 t-shirt, manakala kami hanya 3 helai sahaja. Masalah teknikal pendaftaran oleh pihak berkenaan menurut mereka.

Berdasarkan pergaulan kami dengan guru-guru negeri lain sejak 4 hari disana, kebanyakkan mereka tidak berpuas hati dengan hadiah yang ditawarkan berbanding dengan bajet keseluruhan yang disediakan untuk program ini sebanyak RM4.2 juta melalui inisiatif PPPM. Kebanyakkan pertandingan inovasi menyediakan hadiah wang tunai kepada pemenang sebagai ganjaran serta geran pembangunan produk pada masa hadapan.

Hairan juga ada sekolah yang menerima sehingga RM3000 untuk johan peringkat negeri, ianya membuatkan mereka tertanya-tanya mengapa pada peringkat kebangsaan tiada sebarang inisiatif wang tunai ditawarkan. Tidak terfikirkah mereka untuk mengasingkan bajet ini untuk dana pembangunan dan ganjaran pertandingan? Ianya sedikit mengurangkan motivasi walaupun tidak menang, hahaha.. Ada juga rakan yang bertekad untuk tidak menyertai lagi pertandingan ini dan hanya mahu menumpukan pertandingan yang dianjurkan oleh SCR pihak swasta yang layanannya jauh lebih baik (menurut mereka).

Selain itu mereka juga mempertikaikan mengapa tiada kategori khas yang disediakan seperti kebanyakan penganjuran pertandingan inovasi yang lain seperti contoh persembahan terbaik, penyampai terbaik, laporan terbaik atau produk inovasi terbaik. Itupun pada saat-saat akhir diumumkan ada kategori pemamer pameran terbaik. Berbaloi jugalah untuk para peserta bersusah payah mengangkat meja serta barang-barang prob ke ruang pameran yang agak sempit.

Melalui pengamatan kami, kebanyakkan peserta serta juri sendiri ada yang masih kurang memahami hasrat dan objektif pertandingan ini sepertimana yang terkandung dalam buku panduan pertandingan ini. Mereka masih terikat dengan format kebanyakan pertandingan inovasi yang banyak menumpukan produk semata-mata. Cadangan saya pencerahan semula perlu diberikan oleh individu yang merangka program ini supaya semua pihak mendapat pemahaman yang seragam.  Pemahaman kami (mungkin tersilap) pertandingan ini lebih yang lebih terarah kepada bagaimana sesebuah projek inovasi dibangunkan dan  produk inovasi itu sendiri adalah perkara kedua (dengan merujuk buku panduan dan membuat sedikit analisis pada borang pemarkahan).

Apapun, semua sedia maklum ianya adalah anjuran kali pertama, segala kelemahan yang wujud mungkin akan dijalankan refleksi dan penambahbaikan akan difikirkan oleh pihak berkenaan untuk tahun 2015. Apapun terima kasih kepada pihak penganjuran yang baik hati serta tahniah kepada kesemua 31 buah sekolah yang telah jenuh berusaha untuk menaikan nama sekolah tercinta.

Akhir kata, sedikit makluman, kami melalui inisiatif MAKMAL INOVASI SEMESTAIDEAS SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, kami akan melancarkan sebuah portal web tidak lama lagi dengan tema pengkalan data produk inovasi untuk rakyat Malaysia. Ianya membolehkan pengguna mendaftar produk mereka serta memasukan penerangan, gambar serta video kedalam web dan pengguna juga boleh melakukan carian terhadap sebarang projek inovasi yang pernah dibangunkan sebelum ini.   Portal akan dibangunkan 100% oleh pelajar dan boleh diakses dengan alamat http://semestaideas.my (sudah dibeli). Sekian, salam inovasi.

- Guru-guru Pembimbing SEMESTAIDEAS



Pemenang tempat pertama SARAWAK,  kedua PUTRAJAYA dan ketiga SABAH


Team PERAK 2014


No comments:

Post a Comment