Wednesday, 11 June 2014

Liga Remaja Kreatif 2014

Liga Remaja Kretif kembali lagi, menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan serta gajet elektronik seperti iPhone dan kamera digital.. Ayuh sertai..




Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014

Pengenalan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET ataupun APLIKASI MUDAH ALIH. Tema bagi pertandingan ini adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan”

Tarikh Tutup Penyertaan : 4 Julai 2014 (dilanjutkan ke 15 Ogos 2014)


Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
Tema bagi pertandingan ini adalah Jalur Lebar Untuk Pendidikan dan mestilah berbahasa Malaysia.

B. Kelayakan Pertandingan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

C. Terma dan syarat pertandingan

Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.

1. Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 4 Julai 2014.
2. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
3. Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah di antara 2-5 minit dan video keterangan projek bagi kategori PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH hendaklah tidak lebih dari 1 minit.
4. Penyertaan bagi kategori VIDEO boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
6. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
7. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
8. Penyertaan adalah percuma.
9. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 kepada pihak Sekolah.
10. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
11. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
13. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
14. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
15. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
18. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan atas talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
20. Borang Penyertaan lengkap hendaklah disertakan dengan:
        Biodata peserta;
        Perakuan daripada pihak sekolah; dan
        Perakuan penyertaan adalah kerja asli.

Hadiah

Peringkat Negeri

Hadiah tempat pertama
: RM5,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat kedua
: RM3,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat ketiga
: RM2,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah saguhati
: RM500 x 7

Peringkat Kebangsaan

Hadiah tempat pertama
: RM10,000 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat kedua
: RM7,500 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat ketiga
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Portal Internet Terbaik
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Video Paling Popular
: RM2,500

Maklumat lanjut sila ke http://lrk.skmm.gov.my/



No comments:

Post a Comment