Bermula 2013, Semesta Studio melalui de'P bermula dengan langkah kanan dengan memenangi Anugerah Juri dalam Not Quite Right 2013 Competition anjuran Sunway University. Kemenangan ini amat mengejutkan memandangkan competitor yang menyertai pertandingan ini bukan calang-calang. Kami bersaing dengan pelajar IPT di peringkat kebangsaan.
Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Sunway University, Bandar Sunway. Majlis dihadiri oleh ramai penggiat filem/filmmaker generasi baru. Banyak nasihat diberikan kepada pasukan. Para juri memuji naskah yang dibawakan yang berjudul 'Zombie vs. Nerd' yang dikatakan menepati tema, unik dan ianya datang daripada pelajar sekolah. Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada.
Tahun 2013 juga menyaksikan kemunculan semula pertandingan Karnival Media Kreatif (LRK 2013). Pertandingan ini amat mencabar dengan tema yang diketengahkan iaitu KLIK DENGAN BIJAK yang memaparkan isu keselamatan dan etika atas talian. Semesta Studio mempertaruhkan 2 karya iaitu S.W.A.T dan Kempen Maya. S.W.A.T dihasilkan oleh Official Team dengan kos keseluruhan RM500 untuk pembelian prob dan peralatan.
Karya ini menampilkan kesan khas dan beberapa aksi operasi pasukan khas. Ianya memaparkan seorang remaja bernama Azman yang diburu pihak berkuasa kerana menyertai pasukan penggodam. Kempen maya pula menampilkan pasukan perantis yang menjalankan kempen secara atas talian bertemakan keselamatan jalanraya.
Kedua-dua karya telah memenangi saguhati peringkat negeri Perak dengan hadiah RM500 setiap satu. Acara penyampaian berlangsung pada 19 September di salah sebuah hotel di Pulau Pinang. Acara gilang gemilang ini menggabungkan semua negeri Zon Utara. Negeri Perak menunjukkan kualiti yang amat tinggi melalui karya pemenang tempat pertama hingga ketiga. Atas kejayaan saguhati ini kedua-dua pasukan diraikan dengan program rekreasi di Bukit Merah Waterpark.
Sepanjang bulan kemerdekaan pula, Semesta Studio dengan kerjasama Koperasi dan Jabatan Kemanusiaan menganjurkan pertandingan Video Kemerdekaan ke 56 bertema "Malaysiaku berdaulat, tanah tumpah darahku" sepanjang bulan kemerdekaan. Penyertaan amat menggalakkan dengan penyertaan 8 studio-studio pelajar. Kebanyakkan karya yang dihasilkan begitu menarik. Pemenang pertandingan adalah pasukan de'P dengan karya mereka RESEPi 56.
Pada 23 September 2013, sebuah bengkel dianjurkan dengan tajuk Bengkel Penulisan Storyboard. Bengkel disertai oleh 12 pelajar. Bengkel menekankan teknik brainstorming idea serta teknik penulisan papan cerita yang bagus. Bengkel berlangsung selama 2 jam di Makmal Komputer A SMKSTA. Bengkel ini akan diteruskan pada 2014 dengan pengisian yang lebih mantap.
Semesta Studio juga melakukan beberapa pembelian peralatan baru seperti Video Frame dan pak bateri baru. Kami juga mendapatkan beberapa perisian baru untuk diterokai seperti Proshow, Vegas, AfterEffect dan Prolink Director. Tahun 2013 menyaksikan pasukan utama berekprerimen dengan kesan khas dan animasi. Manakala pasukan projek berekperimen dengan teknik kamera.
Tahun 2013 merupakan tahun yang begitu mencabar. Tahun 2013 berakhir dengan kegemilangan dan pengalaman yang berharga. Pasukan De'P bakal mengakhiri zaman persekolahan, begitu juga pasukan utama. Selama 2 tahun mereka berjuang mengharumkan nama Semesta Studio. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang 2013. Tahun 2014 menjanjikan cabaran yang lebih besar. Pasukan perintis sudah semakin besar dan matang. Semoga legasi ini diteruskan demi nama SEMESTA STUDIO.
Pertandingan yang disertai sepanjang 2013
1. Filem Pendek Barang Kita
2. Liga Remaja Kreatif 2013
3. Pertandingan Video Pendek WTISD 2013
4. Not Quite Right Competition 2013
Pencapaian sepanjang 2013
1. Liga Remaja Kreatif 2013- S.W.A.T & Waspada Dijalanan
Saguhati Peringkat Negeri Perak
2. Not Quite Right Competition 2013 - Zombie vs. Nerd
Hadiah Khas Juri
3. Penghasilan enam pesembahan multimedia dan gimik perasmian program sekolah.
2013 Filmaker of the Year
1. Fakrul Hazrell Azli (Official Team)
2. M. Syazwan Abdul Rajak (De Paramecium/de'P)
No comments:
Post a Comment