Tuesday, 3 September 2013

Saya Sayang Malaysia



Syarat Peraduan

1. Tempoh Peraduan ini akan berlangsung dari (7 Ogos 2013) sehingga (10 September 2013), atau sebarang tarikh lain yang mungkin ditetapkan dan diumumkan oleh penganjur dari masa ke semasa.

2. Dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan.

3. Cara Penyertaan
• Rakam video anda dalam durasi 10 saat -30 saat
• Pilihan lagu atau muzik latar ( jika ada ) adalah terpulang kepada individu . ( Lagu original atau versi cover )
• Individu, duet atau berkumpulan
• Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahu.
• Muat naik (upload) video anda di Youtube dan hantarkan (copy-paste) pautan (URL/link) bersama butiran peribadi anda ( Nama Penuh, IC (baru atau lama), No. Tel (yang senang dihubungi) di ruangan Message Facebook ‘promosi kreatif rtm

4. Rakaman bunyi video anda perlu jelas.

5. Cipta tajuk dan tag (tanda kata) video anda. sebagai contoh ‘SAYA SAYANG MALAYSIA’ dan berikan nama penuh serta lokasi cth: SAYA SAYANG MALAYSIA Melissa dari Selangor

6. Anda boleh menghantar video dari 7 Ogos hingga 10 September 2013

7. Video yang menepati kriteria akan disiarkan di TV1,TV2 & TVi bermula 16 September 2013.

8. Video terpilih layak menerima hadiah-hadiah menarik.

9. Info lanjut sila layari www.rtm.gov.my

10. Tertakluk kepada terma & syarat (KLIK SINI UNTUK TERMA DAN SYARAT)




NOTA:

1. Selain Youtube, boleh menghantar video menggunakan medium lain seperti Keek, Instagram atau apa sahaja aplikasi lain.

2. Tiada had umur untuk pelakon atau talent dalam video.

3. Orang yang menghantar video mesti 18 tahun ke atas, jika anda bawah 18 tahun boleh wakilkan kenalan/saudara mara yang berumur 18 tahun dan ke atas.

4. Idea atau treatment semasa menghasilkan video adalah terserah sepenuhnya kepada kreativiti peserta asalkan tidak menyentuh hal sensitif. Wajib menjaga budi bahasa dan tatasusila.

Sumber: Laman Facebook Promosi Kreatif RTM


No comments:

Post a Comment