Terima kasih diucapkan kepada Fakrull Hazrell, Amir Muzafar dan Din atas sumbangan membina montage gimik pelancaran serta menguruskan persembahan multimedia sewaktu Majlis Perlancaran jam 12. Atas permintaan penganjur, filem pendek Bukan Salah Teknologi ditayangkan untuk mengisi slot tersebut.
Pada petangnya, 6 ahli kelab terlibat dalam tayangan khas di tapak karnival di Peladang Manong. Tayangan ini melibatkan 5 filem pendek terbaik kelab sejak 2010 sehingga 2013. Tayangan dihoskan oleh Shazwan Rajak. Tugasan ini sengaja diberikan untuk membentuk pasukan yang mampu berdikari dan mampu menyumbang kepada masyarakat dengan menyalurkan mesej yang berguna kepada audien.
Dengan wujudnya Pusat Sumber ICT ini maka kawasan mukim Manong dengan radius 500 meter berpusat di bangunan Peladang adalah zon wi-fi percuma dan Kperak akan membina satu pusat sumber ala cyber cafe disitu dengan menyediakan perkhidmatan percuma meliputi e-knowledge e-business, e-tuition dan e-government kepada masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment