Saturday, 30 March 2013

Rebut Peluang Keemasan!

Pertandingan Video Montaj sempena Hari Pengguna Malaysia 2013. Tema "Standards Memastikan Perubahan yang Positif" anjuran Kementerian Koperasi & Kepenggunaan. Tarikh tutup 16 Julai 2013. Maklumat lanjut di http://www.mypengguna.com/v6/index.php/pertandingan-video-montaj

Jom sertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013! Hantar video penyertaan berbentuk dokumentari, sketsa, iklan, khidmat mesej awam ataupun animasi berdurasi 2-5 minit dengan tema Klik Dengan Bijak. Banyak hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Jun 2013. Untuk maklumat lanjut layari  http://lrk.skmm.gov.my

Pertandingan Video Pendek Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinfomasi Sedunia 2013. Tema " Meningkatkan Keselamatan Jalanraya Menerusi ICT". Anjuran Kementerian Komunikasi & Multimedia. Tarikh tutup 17 Jun 2013. Klik http://www.kpkk.gov.my/images/stories/banner/130522_Video_Pendek.pdf

No comments:

Post a Comment