Saturday, 28 May 2016

Al-fatihah... YB Dato' Wan Muhammad Khair-il Anuar


Pada Mei 2015, dalam acara Perasmian Semesta Studio oleh Allayarham YB, beliau begitu teruja dan menjanjikan sebuah Drone Penerbangan Aras Tinggi Dji Phantom 3 kepada kelab seni kreatif ini. Kebetulan pada hari kejadian terhempasnya helikopter beliau, Drone yang dihadiahkan juga terhempas beberapa jam sebelum kejadian akibat masalah teknikal. Terima kasih Dato' Wan atas sumbangan dan sokongan kepada pihak sekolah terutamanya Semesta Studio. Takziah kepada keluarga beliau. 

Allahyarham bergambar berlatarbelakangkan Green Screen bersama ADUN Manong dan Pengerusi JKKK

Allahyarham bergambar kenang-kenangan bersama warga Semestarian




Wednesday, 6 January 2016

Selamat Tinggal Semesta Studio - Cikgu Razif

Assalamualaikum teman-teman serta adik-adik...

SMK Sultan Tajul Ariffin merupakan sebuah gedung ilmu yang hebat. Doa yang dipinta bersama ibu setelah tamat balajar adalah untuk 'diposting'kan ke sekolah terbaik buat diri ini. Ibu menambah lagi dalam doa beliau sewaktu selepas solat maghrib untuk sekolah cikgu nanti bersebelahan masjid dan ditengah-tengah Perak. Kata ibu sebelah masjid agar sentiasa ingat Tuhan, di tengah Perak supaya cikgu dekat dengan saudara mara lain yang ramainya di Perak. Alangkah terkejutnya sewaktu hari pertama di sini, segala yang dipohon diperkenankan.

Tahun 2015 kenangan yang paling manis dan bermakna buat cikgu. Pada tahun ini cikgu memperoleh 2 pengiktirafan di peringkat kebangsaan, ditauliahkan Lt. Muda Pertahanan Awam, menamatkan kursus Pro-ELT (British Council), disenarai pendek dalam senarai biasiswa sarjana HLP, bergelar juri bertauliah Silat Seni serta memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Satu pengembaraan yang penuh cabaran dan suka duka.

Kelemahan cikgu dalam hidup adalah cikgu suka mencuba perkara-perkara baru.Teringat lagi semasa menyertai seni beladiri 'tomoi' setelah tamat tingkatan 6. Hampir setiap malam selama dua bulan kami di gelanggang. Tidak kerana gagal mendapatkan keizinan keluarga, cikgu sudah ke Pulau Phuket bersama 2 rakan lagi menuntut ilmu selama sebulan disana. Di Universiti Sains Malaysia (USM) cikgu menyertai perkara yang lari daripada keselesaan cikgu. Cikgu mewakili USM ke pertandingan debat diraja yang pada ketika itu dianjurkan di UNIMAS, Sarawak. Cikgu juga menyertai program keusahawan sosial SIFE (kini Enactus) juga mewakili USM. Menyertai sesuatu yang baru memberi kita suatu perspektif yang berbeza untuk melihat dunia seterusnya memberi kesan kepada cara kita berfikir.  

Mencuba perkara baru adalah baik jika anda dapat mengekalkan fokus dan keghairahan. Sebenarnya untuk belajar perkara baru apa yang penting adalah 20 jam yang pertama. Ianya mengenai sejauhmana anda fokus dan betul tindak tanduk dalam tempoh masa tersebut; mengetepikan segala gangguan lain seperti decipan peti whatsapp, laman sosial, hiburan TV dan sebagainya. Strategi yang betul dalam 20 jam pertama akan memberi impak yang padu lantas memberi kita motivasi untuk melangkah lebih jauh.

Tendang mula amat penting. Sebagai contoh untuk persediaan ke tempat kerja baru yang mencabar sebagai GPB, cikgu menyertai bebarapa persidangan teknologi pendidikan seperti 3i Google for Education, Education on Air, GEG dan beberapa siri webinar untuk memantapkan diri dengan teknologi pendidikan terkini.  Selain itu cikgu juga mendisplinkan diri dengan menulis di blog setiap hari selama 4 bulan (tanpa gagal) berkongsi informasi terkini pendidikan sehinggakan blog Cikgu Siber yang diusahakan diiktiraf sebagai blog pendidikan ketiga terbaik kebangsaan pada karnival e-Pembelajaran NUCEL 2015.

Cikgu juga dijemput sebagai pasukan pakar Asks The Expert pada persidangan pendidikan Leaps of Knowledge 2015 yang dihadiri ribuan peserta dari seluruh negara. Disamping itu, cikgu juga telah diberi anugerah 1BestariNet Teacher Awards 2015 (HM for Best Advocate Teacher) pada peristiwa berkenaan. Strategi, minat, pengorbankan masa dan wang ringgit menjadi faktor utama, namun keghairahan terhadap sesuatu ilmu penentu kepada kejayaan kita.


Khas untuk pelajar-pelajar Semesta Studio, sepanjang 5 tahun kita telah memulakan satu kelab yang hebat, sebuah kelab yang akan sentiasa diingati dalam sejarah panjang penubuhan sekolah tercinta ini. Kelab ini ditubuhkan atas semangat, kepercayaan serta pengorbanan, semoga legasi ini dapat diteruskan untuk memberi peluang kepada generasi akan datang. 

Terima kasih untuk semua warga semesta. Kenangan bersama kalian tidak dapat dilupakan. Misi cikgu 5 tahun di Semesta sudah selesai, tiba masa guru kecil ini mengorak langkah meneroka dunia baru. Semoga saya dan anda semua berjaya dunia dan akhirat, inshaallah. 

Yang Ikhlas.
Cikgu Razif

Tuesday, 3 November 2015

Projek Pilot - Juruterbang drone diperlukan!



Berita baik kepada ahli kelab Semesta Studio, minggu hadapan kita bakal menerima sebuah drone videografi aras tinggi Dji Phantom 3 sumbangan YB Kuala Kangsar bernilai RM5,000. Drone ini bakal digunakan untuk pelbagai projek filem dan juga untuk menambah dana kelab dengan mengambil upah melakukan rakaman untuk pelbagai organisasi atau agensi. 


Sejurus menerima gajet canggih ini, beberapa orang pelajar yang mepunyai komitmen yang tinggi akan dilatih untuk mengendali dan menerbangkannya. 




Monday, 17 August 2015

Tips mengambil video menggunakan Smartphone

1. Cuci lensa anda terlebih dahulu. 

2. Elakkan rakaman indoor untuk mengelakkan kekurangan cahaya.

3. Untuk video statik, elakkan anda memegang video tersebut tanpa sebarang sapaan. Gegaran tangan akan menjejaskan kualiti gambar.

4. Elakkan zoom digital.

5. Pastikan format rakaman video tertinggi dipilih. Pergi ke Camera Setting.

6. Untuk menghantar ke Telegram projek Klip Semesta Dihati anda nasihatkan untuk memilih lampiran FILES bukannya media PHOTOS/VIDEO. Menghantar dengan PHOTOS/VIDEO akan menyebabkan video dikompres dan menjejaskan kualiti video. Kami juga menggalakkan anda menghantar dengan email. 


Sedang dikemaskini.